Pages

Friday, March 11, 2011

Tsunami hits Japan



Late evening someone told me that a 8.9-magnitude earthquake has triggered a tsunami along Japan's north-eastern coastline so blek je dari office aku terus google any info pasal tsunami tu..sgt menakutkan. Cars, boats, homes and people were swept away as fires burned out of control. Masyaallah..ALLAH MAHA BESAR.

Gempa bumi tersebut merupakan gempa paling kuat di Japan dlm tempoh 140 tahun sehingga mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter membadai Sendai in north-eastern Japan after eartquake. Sebanyak 4 juta kediaman sekitar Tokyo terputus bekalan elektrik dan kebanyakan laluan lebuhraya express di Tohoku Utara Japan musnah. Berlaku kebakaran besar di loji penapisan minyak Chiba serta beberapa loji janakuasa nuklear juga ditutup serta merta dan hanya satu yg kekal beroperasi. Berikutan kejadian ini indeks saham Nikkei jatuh teruk sejurus selepas gempa bumi berlaku tetapi bank pusat Japan berikrar memastikan pasaran kewangan kekal stabil.

Perdana Menteri Japan, Naoto Kan mengarahkan pihak tentera melakukan operasi menyelamat dgn 8 pesawat tentera dikerah ke tempat bencana manakala PBB memaklumkan sebanyak 30 pasukan mencari dan menyelamat antarabangsa sedia ke Japan.

Kementerian Luar Malaysia membuka bilik operasi dan mengaktifkan hotline di pejabat kedutaan Malaysia di Tokyo bagi membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat mengenai keadaan terkini.

Wisma Putra : 03-8887 4570, 03-8887 4770, 03-8889 2746 and 03-8889 2830
Kedutaan Malaysia di Tokyo : 81334763840

TSUNAMI ALERT for New Zealand, the Philippines, Taiwan, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii, and others. Waves expected over the next few hours, caused by 8.9 earthquake in Japan.


Source : AlJazeera, Utusan Malaysia dan Buletin Utama TV3